Followers

Wednesday, October 24, 2018

Cara Naikkan HB Semasa Hamil, Bahaya Jika Tidak Dicegah

Apa itu HB? Bagi sesetengah orang yang tidak faham tentu tertanya-tanya bila kawan² yang hamil asyik cerita pasal Hb je. Asyik² Hb kan. Ibu hamil dan Hb berpisah tiada.

Untuk pengetahuan semua, Hb ni singkatan untuk Hemoglobin. Ok, apa plak Hemoglobin ni? Meh zati cte..


Apa itu Hemoglobin?

Hemoglobin atau Hb merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu² badan.

Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100ml darah mengandungi 15gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras yang normal adalah :

1. Baru lahir : 17-22gm/dl
2. Usia seminggu : 15-20gm/dl
3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
4. Kanak² : 11-13gm/dl
5. Lelaki dewasa : 14-18gm/dl
6. Wanita dewasa : 12-16gm/dl
7. Lelaki separuh usia : 12.4-14.9gm/dl
8. Wanita separuh usia : 11.7-13.8gm/dl

Apa itu Anemia?


Ibu hamil sering dikaitkan dengan Hb rendah atau dikenali juga sebagai Anemia. Anemia didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobim (Hb) di dalam darah berkurang.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki adalah 13.5-18.0gram/dl dan wanita ialah 12-16gm/dl. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15gram/dl. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Sekiranya, jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu² akan berisiko menghidapi anemia.

Ibu² hamil sering dihantui masalah Hb ni. Tiap² minggu kena pergi klinik..nk hadap nurse lagi..doktor lagi membebel, bebel nasihat kan. Bila Hb rendah macam² boleh terjadi terhadap ibu dan baby.

Bahaya dan Risiko HB Rendah Semasa Hamil

1) Ibu
- Ibu mudah pening dan pitam
- Pendarahan semasa hamil dan pendarahan teruk semasa hamil
- Degupan jantung menjadi lebih laju dan berisiko mengalami kegagalan jantung.
- Sentiasa lemah dan mengantuk
- Jangkitan kuman
- Keguguran
- Kesukaran meneran semasa bersalin menyebabkan baby lemas

2) Bayi
- Bayi tidak terbentuk sempurna atau terbantut
- Berat bayi kurang
- Bayi lahir pramatang
- Meninggal dunia semasa sebelum/selepas dilahirkan 
- Fungi otak bayi agak lembap

Makanan yang Boleh Naikkan HB

Bagi memastikan hb sentiasa cantik terutama ibu² hamil, mereka hendaklah mengamalkan makanan yang kaya dengan zat besi. Antaranya ialah:

1) Kurma


-Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi hal ini termasuk dalam meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma juga memberi tenaga kepada ibu² hamil.

2) Brokoli

- Sayur hijau ini mengadungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan

3) Daging Merah


- Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu meningkatkan Hb semasa hamil. Kandungan zat besi dari haiwan sangat mudah diserap berbanding sumber lain.

4) Madu

- Madu boleh menggantikan gula dalam minuman dan makanan harian kita. Sekiranya anda mengalami anemia, madu sangat² berkesan. Tapi pastikan madu yang asli untuk menambah darah.

5) Buah Delima
- Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan masalahn anemia.

6) Bayam

- Bayam merupakan makanan yang paling baik dalam kalangan sayur sayuran untuk ibi hamil. Pastikan korang beli bayam yang segar. Bayam hijau atau merah sama² berfungsi menyerapa zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

7) Telur

- Telur bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukam penghidap anemia. Kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah dan sangat bagus untuk tambah darah.

8) Kerang


- Kerang juga salah satu makanan laut yang boleh menaikkan Hb. Masakkan kerang dalam pelbagai resipe agar xmuak.

9) Pisang
- Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk ibu² hamil. Folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel² baru.

10) Hati Ayam

- Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati ayam terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak.

Ibu² hamil juga boleh mengamalkan supplement tambahan untuk menaikkan Hb semasa hamil. Zati cadangkan korang ambil Vitalea Shaklee.

Kenapa Vitalea Shaklee?

๐Ÿ‘‰ Vitalea memberikan 28 jenis vitamin dan mineral yang badan kita perlukan termasuk vitamin c, dan beta karotena untuk perlindungan antioksidan.

๐Ÿ‘‰ Vitalea diformulasikan lengkap dengan iron (zat besi) yang sangat penting bagi ibu hamil untuk membentuk sel darah merah dan mengekalkan HB pada tahap normal.

๐Ÿ‘‰ Vitalea sangant penting terutama jika ibu ada masalah HB rendah, mudah pitam atau pening ataupun masalah anemia.

๐Ÿ‘‰ Vitalea sangat penting bagi ibu yang tidak mendapat khasiat yang mencukupi  daripada makanan. Tidak mempunyai selera makan atau tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang.

๐Ÿ‘‰ Keperluan zat besi bagi ibu hamil normal adalah 29mg setiap hari. Vitalea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.


TESTIMONI





Banyakkan manfaat Vitalea Shaklee kepada ibu² hamil untuk cantikkan HB semasa hamil.

Satu lagi zati nak nasihatkan untuk ibu² hamil hendaklah tinggalkan minuman berkafein.

Menjaga jumlah hemoglobin dalam darah sangat penting kerana ia melibatkan janin yang dikandung. Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin c untuk penyerapan zat besi. Hindarilah makanan or minuman berkafein kerana boleh menggangu penyerapan zat besi.

Jadi untuk ibu² hamil di luar sana yang nak dapatakan Vitalea Shaklee boleh hubungi zati di 

Wssap/sms/call: www.wasap.my/60139072256
FB :Nurul Izarti Asri
IG : zati_pengedarshakleeseremban
Emeil : nurulizartiasri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...