Kita sering mengeluh, itu tak cukup ini tak cukup. Kita sering lupa bahawa rezeki itu daripada Allah SWT. Rezeki ni banyak. Rezeki anak, duit/kekayaan, kesihatan, kebahagiaan, kesejahteraan dan banyak lagi.
Jom zati share cara untuk menjemput rezeki berdasarkan buku karya Ustaz Fathuri Salehuddin yang bertajuk "Mudahnya Menjemput Rezeki"
Cara Mudahnya Menjemput Rezeki
1. Mengutamakan Solat
~ Sepertimana yang kita sedia maklum, solat adalag tiang agama. Ketetapan yang wajib dari Allah swt. Menjaga solat ibarat menjaga hati Pemberi Rezeki kita iaitu Allah Yang Maha Esa. Maka, solatlah di awal waktu, nescaya jiwa dan hati akan menjadi tenang serta fikiran lebih fokus.
2. Solat Tahajjud
~ Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki. Tidak kira rezeki kesihatan yang baik, harta pangkat, keamanan. Senuanya dibuka melalui kunci ini.
3. Solat Dhuha
~ Firman Allah SWT dalam satu hadis qudsi yang bermaksud :
Wahai anak-anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada siang hari nanti aku (Allah swt) mengcukupkan pada akhir harimu itu - Riwayat Abu Dawud
~ Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
4. Zikrullah
~ Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Sang Pencipta dan Allah swt juga akan mencintai hambanya yang rajin berzikir.
~ Zikir sangat mudah dilakukan tidak kira semasa baring atau duduk. Sambil-sambil buat kerja sambil berzikir.
5. Doa
~ Doa adalah senjata orang mukmin. Maka berdoa la bersungguh sungguh kepada Allah swt kerana hanya Dia yang memberi rezeki kepada kita.
6. Mendoakan orang lain.
~ Mendoakan orang lain juga merupakan 'sedekah' dan sedekah pasti 'berubah'. Siapa lagi yang akan menikmati buah amal itu kalau tidak pelakunya. Jadi sama sama lah kita perbanyakkan doa untuk orang lain.
7. Sedekah
Sesiapa yang membuat kebaikan akan mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa yang membuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Maka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi) - Al An'Am 6:160
~ Maka perbanyakkanlah amalan sedekah pasti akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
8. Membaca Al-Quran
~ Membaca Al-Quran benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
~ Surah surah yang bagus diamalkan untuk menjemput rezeki adalah surah Al-Fatihah, Yasin dan Al-Waqiah.
9. Asma'ul Husna
~ Menyebut nama-nama Pemberi Rezeki itu sebanyak banyaknya merupakan salah satu cara untuk memudahkan rezeki masuk. Moga moga Allah SWT membuka pintu pintu rezeki untuk kita.
10. Tekun Berusaha
~ Berusahalah bersungguh sungguh pasti akan berjaya dan pintu rezeki akan dibuka untuk sesiapa yang berusaha.
11. Bersyukur
~ Sekiranya kita mahu rezeki yang berlipat ganda maka bersyukurlah. Apabila mendapat nikmat kita bersyukur bila mendapat musibah kita bersabar. Bersyukurlah walau untuk hal hal yang kecil.
Zati doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah swt..Aamin² Ya Rab...
No comments:
Post a Comment