Followers

Saturday, October 27, 2018

Kunci Menuju Ketenangan Hati dan Jiwa


"Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang² yang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan" - Syed Qutb

Setiap orang memerlukan hati yang tenang untuk menjalani kehidupan sehari harian. Hati yang tenang melahirkan insan yang hidup dalam aman dan tenteram. Namun, bagaimana untuk mendapatkan kunci ketenangan hati dan jiwa itu?

Kunci Ketenangan Hati dan Jiwa


πŸ’Ÿ Membaca dan Mendengar Al-Quran πŸ’Ÿ
- Ketika hati dan jiwa resah gelisah, perbanyakkanlah membaca dan mendengar Al-Quran. Sesungguhnya dengan membaca dan mendengar Al -Quran akan membuat hati kita tenang. Segala resah gelisah akan hilang.

πŸ’Ÿ Menyayangi Orang Miskin πŸ’Ÿ
- Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang mempunyai harta yang banyak hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada orang miskin. Semakin banyak kita menderma semakin tenang hati dan jiwa, kerana di sebalik rezeki kita ada rezeki orang lain. Allah swt akan memberi ganjaran kepada hambanya yang dermawan.

πŸ’Ÿ Sentiasa Bersyukur πŸ’Ÿ


- Ketenangan hati dan jiwa akan hadir jika kita sentiasa bersyukur atas segala pemberian oleh Allah swt, banyak atau sedikit kita kena bersyukur. Jangan sesekali mempertikaikan pemberian Allah swt.

πŸ’Ÿ Menjaga Silaturahim πŸ’Ÿ

- Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain. Pelbagai keperluan hidup tak kan diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
- Hubungan yang baik di dalam keluarga, jiran tetangga akan melahirkan ketenangam, kedamaian, dan kemesraan.
- Hubungan yang baik juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

πŸ’Ÿ Banyak mengucapkan "La hawla wa la quwwata illa billah " πŸ’Ÿ
- Sumber ketenangan hati dan jiwa yang hakiki adalah daripada Allah swt. Kita hendaklah selalu menghadirkan Allah swt dalam segala keadaab, baik dalam keadaan senang atau susah.
- Makin kuat hubungan kita dengan Allah swt, makin kuat hati dan jiwa kita mendapat ketenangan.

πŸ’Ÿ Mengatakan yang Haq (benar) sekalipun Pahit πŸ’Ÿ
- Hidup ini harus dijaga agar sentiasa berada di jalan yang benar. Sekirantmya kita langgar apa yang Allah swt larang kita akan mendapat kegelisahan. Ketenangan hati dan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.

πŸ’Ÿ Selalu Berfikiran Positif πŸ’Ÿ


- Elakkan diri kita daripada dibayangi fikiran yang negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri. Setiap insan diberi kelebihan masing². Ubahlah fikiran negatif kepada positif

Bila kunci ketenangan hati dan jiwa telah dijumpa maka hidup kita akan sentiasa bahagia dan aman, hidup sentiasa dibawah Rahmat dan Redha Allah swt. Hati dan jiwa yang tenang melahirkan insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. 


No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...