Followers

Monday, November 19, 2018

Malunya Tompok Jeragat Penuh Muka, Ketahui Cara Hilangkan Jeragat dengan Berkesan

Jeragat di muka mencacatkan kecantikan dan keserian wajah korang? Tompok² jeragat penuh di muka? Allah malunya kan..dh cuba macam² tapi jeragat tetap tak hilang. Dah abis duit beribu² jeragat masih lagi degil malah makin banyak plak tu.

Hari ni zati nak share cara untuk hilangkan jeragat dengan berkesan malah akan kembalikan keserian dan kecantikan wajah korang! Nak tahu..jom! 😉😉


Apa itu Jeragat?

Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia. 

Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan.


Masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

Punca Jeragat

Cahaya Matahari
Cahaya matahari mengandungi sinar ultraviolet A dan B yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit kita. Kesan sinar UV ini bukan sahaja menyebabkan jeragat malah boleh menyebabkan kanser kulit.

Kehamilan
Bagi anda yang pernah hamil tentu biasa mengalami banyak masalah kulit ketika hamil. Antaranya kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Bagi sesetengah ibu, masalah kulit ini akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga ibu yang terus mengalami masalah ini termasuk jeragat.

Hormon Tidak Stabil
Kajian menunjukkan hormon tidak stabil seperti membuat rawatan hormon mengandungi estrogen atau progestron, menjadi punca masalah jeragat.

Pengambilan Ubat-ubatan
Ini merupakan punca jeragat yang jarang benar kita sedari. Pengambilan beberapa jenis ubat boleh memberi side efek pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel baru yang sihat dan aktif.

Pewangi
Bahan pewangi dan kosmetik boleh menyebabkan tindak balas photoxic merupakan juga salah satu sebab terjadinya jeragat.

Hypotiroid
Bagi pesakit hypotiroid, ini berlaku disebabkan paras hormon tirod rendah.

Cara Berkesan Hilangkan Jeragat

Cara yang paling berkesan untuk hilangkan jeragat ialah zati cadangkan korang ambil SR Vitamin C Plus dan GLA Complex Shaklee.


Jeragat hendaklah dirawat dari dalam tidak cukup dengan merawatnya dari luar. Pakai la skincare apa pon jeragat tetap tak hilang kalau dalaman kita banyak toksik. Betul x?

Sebab apa SR Vitamin C Plus dan GLA Complex?

SR Vitamin C Plus

Teknologi sustained released mampu mengekalkan vitamin C dalam darah selama 5 jam. Jika vitamin C diambil 2 biji setiap 5 jam, vitamin C akan terus kekal di dalam darah anda di sepanjang tempoh 24 jam. Dalam tempoh ini proses menghilangkan jeragat akan berlaku disebabkan berlakunya proses pemulihan yang aktif.


Kolagen berfungsi menegangkan kulit di samping membentuk kulit wajah yang cantik. Pengambilan vitamin C berterusan telah terbukti dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Kulit anda semakin cerah dan jeragat akan semakin menghilang.

GLA Complex

Korang perlu tahu jeragat tidak akan hilang dengan hanya menggunakan pencuci muka. Patutlah kan, asyik sental je tapi jeragat tidak juga hilang. Sebab inilah pengambilan GLA Complex sangat penting. GLA Complex mengandungi 2 kali ganda lebih banyak GLA berbanding produk lain di pasaran. GLA adalah singkatan daripada gamma lenolenic acid (GLA).

Bagi menghilangkan jeragat, GLA berfungsi mengawal paras hormon estrogen dan testosteron. Ingat tadi kan, masalah jeragat adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon, jadi bila hormon stabil masalah jerawat yang menjadi punca utama jeragat akan dapat diatasi

GLA Complex juga berfungsi untuk memulihkan bintik penuaan / jeragat pada kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV dengan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

Disini zati nak ingatkan pengambilan yang konsistent dapat mempercepatkan lagi proses hilangkan jeragat tau. Nak cantik kena rajin! 😘😘

Bagi korang yang nak dapatkan Set Asas Jeragat ni boleh hubungi zati di :

Wssap/sms/call: www.wasap.my/60139072256
FB :Nurul Izarti Asri
IG : zati_pengedarshakleeseremban

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...