Followers

Friday, November 16, 2018

Ketahui 5 Khasiat Utama Buah Delima

Buah delima memang sangat² terkenal dengan khasiatnya yang baik untuk tubuh kita. Mungkin ramai yang tak tahu apa khasiat buah delima ni kan? Selalu makan tapi tak tahu kepentingan buah merah mekar ni. Hari ni zati nak share 6 khasiat utama buah delima.


5 KHASIAT BUAH DELIMA

1) Buah delima mengandungi antioksidan

- Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. 

- Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan Alzheimer.

2) Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah

- Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

3) Buah delima dapat mencegah kanser

- Untuk pengetahuan korang, buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser. Bagaimana ia berfungsi?

- Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara. Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

4) Buah delima melindungi jantung kita

- Kajian dari Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan bahawa jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan strok. 

- Buah delima juga dapat mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri. Selain itu, buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri.

- Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang minum jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

5) Buah delima merupakan satu sumber nutrisi

- Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

TIPS MEMILIH BUAH DELIMA


- Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela. Cari yang betul-betul segar dan kulit tidak merekah-rekah. Buah delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais.

- Untuk makan buah delima, terlebih dahulu kopek kulitnye dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengeluarkan isi buahnya ke dalam mangkuk dan nikmatilah keenakannya.

Banyakkan khasiat buah delima ni..haaa..apa lagi jom makan buah delima banyak² 😘😘

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...