Hai korang, hari ni zati nak share berkenaan dengan Basic H Shaklee. Untuk makluman korang Shaklee bukan sahaja keluarkan vitamin untuk kesihatan je tau, untuk home care pon ada..salah satunya ni la Basic H Super Cleaning.
Zati pasti ramai yang sukakan produk ini kerana ianya punya pelbagai kegunaan.
Basic H Shaklee merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960.
Ianya di hasilkan daripada sumber semulajadi iaitu jagung dan kelapa, merupakan pencuci serba guna, bebas dari bahan kimia, biodegradasi dan selamat untuk seisi keluarga. Bak kata orang putih, Organic Super Cleaning Concentrated. 🙂
Kebaikan & Keistimewaan Basic H
✔Tidak Bertoksik,
✔Tanpa Gas Beracun,
✔Tanpa Bahan Kimia Berbahaya,
✔Tanpa bahan pewangi,
✔ Sangat lembut pada tangan,
✔ pH yang seimbang
✔ Tanpa klorin.
✔Semulajadi
👍Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
👍 Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air.
👍 Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.
👍 Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa.
👍 Biorosot Tanpa fosfat
👍 Bungkusan yang boleh kitar semula
👍 Tanpa bahan pewarna
👍 Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.
Macam zati sendiri, Basic H ni zati guna tuk rendam baju yg kotor, kalau kita rendam baju 2 3 malam pon xberbau busuk, cuba kalau kita rendam dengan sabun biasa 1 malam tu pon dah berbau kan 😷
Lps tu zati guna untuk basuh syur² dan buah² yg baru kita beli..basuh kasi bersih dulu baru la selamat tuk dimakan..syur² yg layu pon kembali fresh tau!
Basih H ni kita xguna bnyk pon..titiskan 2 3 titik dalam air tu pon dh ckup..jimat..nk spray² meja makan, dapur , semua blh..pendek kata bnyk la kegunaan Si Hebat Basic H ni..korang kena cuba! 😉
Jom zati share dengan lebih detail lagi Basic H ni sesuai untuk mencuci apa dan cara menggunakannya.
Cara Menggunakan Basic H
1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.
🐞Caranya: Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.
🐞Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.
🐞Caranya : Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik Basic H. Biarkan selama 5-10 minit.
4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.
🐞Caranya : Masukkan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic H dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak yang berminyak.
5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.
🐞Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak di bersihkan kecuali tandas dan bilik air perlulah di berus.
6.Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran ,pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.
🐞Caranya: Basuhkan tangan dengan air, kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian di gosok-gosokkan kemudian di bilas.
7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.
🐞Caranya: Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh Basic H kemudian cuci alat mainan, manakala bagi lantai pula tidak perlu di bilas selepas lantai di mop kerana ia mudah kering dan ia tidak melicinkan lantai.
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.
🐞Caranya : Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian di gosok-gosok hingga tertanggal.
9. Mengasah Pisau
🐞Caranya: Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa.
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya
🐞Caranya: Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian di bilas.
11. Menghapuskan kutu di atas kepala.
🐞Caranya: Basahkan rambut dan ambil 10 titik Basic H dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15minit barulah di bilas.
12. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
🐞Caranya: Sapukan terus Basic h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan mengelembung atau melecur bahkan akan terasa sejuk.
13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.
🐞Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam botol semburan bunga yang di campur air kemudian semburkan pada serangga.
14. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)
🐞Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam besen kecil yang mengandungi air. Kemudian lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
15. Sakit Gigi
🐞Caranya : Masukkan 4-5 titik Basic H ke dalam cawan yang di campur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkn 2-3 titik Basic H pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
16. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)
🐞Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat yang gatal mengunakan span mandian kemudian bilas.
17. Ulser dan mulut berbau
🐞Caranya: Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur ( sekerap mungkin)
18. Penyubur tanaman dan pengembur tanah
🐞Caranya: Air lebihan cucian Basic H boleh di siram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk kesegaran dan kesuburan.
19. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.
🐞Caranya: Tuangkan 4-5 titik Basic H ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan sehingga 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.
Banyak kan kegunaan Basic H ni, sape² yang tangan tak leh main sabun, pedih semua tu jangan risau Basic H selamat dan sangat² sesuai untuk korang! 😉
Jom kita tengok testimoni mereka yang telah mencuba Basic H ni dan menjadikan kerja seharian kita menjadi lebih senang!
Testimoni
Hebat kan Basic H ni, apa lagi jom dapatkan sekarang! Harga mampu milik u olss! Bagi korang yang nak dapatkan Basic H Super Cleaning ni boleh la hubungi zati di :
Wssap/sms/call: www.wasap.my/60139072256
FB :Nurul Izarti Asri
IG : zati_pengedarshakleeseremban
Emeil : nurulizartiasri@gmail.com
No comments:
Post a Comment