Followers

Saturday, November 3, 2018

Adab Melayan Tetamu Dalam Islam

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam islam adalah dituntut untuk kita melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik.

ADAB MELAYAN TETAMU


1. Memberikan Layanan yang Baik

Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, bersalam salaman dan jangan lupa kita bertanya khabar tetamu. Jangan jadi orang yang sombong, kadang² pintu pagar pun tidak mahu buka. Tak elok. Sebaliknya berilah layanan yang terbaik semampu kita.

2. Menyediakan Jamuan yang Termampu

Sediakanlah jamuan kepada tetamu yang hadir, tetapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Sebagai contih kalau ada air bujang, sediakanlah. Jangan segan. Kita sebagai tuan rumah duduklah makan bersama, jangan sesekali biarkan tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan Muka yang Manis

Bermanis mukalah ketika tetamu hadir. Walaupuj dalam keadaan yang penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topik yang sesuai dengan tetamu dan ajak berbual.

KENAPA ISLAM MENYURUH KITA MELAYAN TETAMU DENGAN BAIK?

Antara kelebihan melayan tetamu dengan baik ialah :

❤ Kita akan lebih murah rezeki dan akan bertambah keberkatan daripada Allah swt.
❤ Melalui jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah swt asalkan pemberian itu adalah ikhlas.
❤ Allah swt juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayab tetamu.
❤ Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh.
❤ Lebih kenal mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama.

ADAB SEBAGAI TETAMU

Sebagai tetamu kita pun kena jaga adab tau. Antaranya ialah :

👉 Berkunjunglah pada waktu yang sesuai
Elakkan datang pada waktu makan, waktu tuan rumah sedang berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat sehingga menggangu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

👉 Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah
Jangan masuk melulu tanpa pengetahuan ruan rumah. Wajib memberi salam sebelum masuk.

👉 Masuk ke dalam rumah setelah dijemput
Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah tau.

👉 Elakkan rambang mata dalam rumah
Jangan ajar mata kita untuk tengok jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais dan jenama kasut. Jangan buat begitu. Kalau ada niat nak melihat benda² yang menarik dalam rumah tersebut minta izin dulu.

👉 Makan makanan yang di sediakan tanpa memberi apa² komen yang tidak elok.

👉 Jangan tunggu di hadapan pintu rumah.
Berdirilah di tepi pintu arau tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau aurat yang terdedah mahupun rumah berselerak.

👉 Ucapkanlah terima kasih
Berterima kasihlah dengan tuan rumah kerana telah memberi layanan yang baik kepada kita sebagai tetamu dan bersalamlah (yang dibenarkan syarak) sebelum pulang.

Kita kena ingat bahawa adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus kekal harmoni. Akhlak kita sebagai tetamu kena jaga agar tuan rumah tidak bersikap dingin dengan kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...