Jom zati share khasiat bawang putih kepada kaum hawa. Jangan terkejut jika zati cakap bawang putih adalah makanan 10 terbaik di dunia!
6 Khasiat Bawang Putih
1) Tingkatkan Antibodi / Elak Diri daripada Demam
Korang boleh mengelakkan daripada demam dengan memakan bawang putih kerana bawang putih sangat kaya dengan antioksidant. Jangan lupa untuk menambah lebih banyak bawang putih dalam makanan seharian anda selepas ini.
2) Menstabilkan Gula dalam Darah
Orang yang menghidap penyakit diabetes (Diabetic) ini akan mencari bawang putih kerana bawang putih boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah mereka. Bawang putih akan membantu dalam meningkatkan pengeluaran insulin dan meningkatkan sensitivity insulin.
3) Melebatkan Rambut
4) Mengatasi Masalah Jerawat
Jangan bimbang lagi kerana bawang putih ialah penyelesaian kepada masalah jerawat dan jeragat! Tetapi diingatkan, jangan terus meletakkan bawang putih ke muka kerana ia akan menyebabkan kulit korang pedih. Rendam dahulu bawang putih sebelum mengoles ke muka korang.
Jika korang ingin hasil yang lebih baik, letakkan sebelum tidur dan basuh muka anda pada keesokan paginya.
5) Merawat Tekanan Darah Tinggi
Bagi penghidap penyakit darah tinggi, bawang putih mungkin menjadi rutin harian mereka. Dalam satu kajian yang telah dijalankan di UK, bawang putih juga dikenal pasti mampu mengurangkan diabetes dan penyakit strok.
6) Menghalang Kenaikan Berat Badan
Bawang putih boleh mengurangkan pengambilan insulin dalam badan dan tekanan darah. Ia boleh menghentikan kenaikan berat badan dengan mengubah sel lemak yang telah dikeluarkan oleh badan.
Haaa..banyak kan khasiat bawang putih untuk kita orang perempuan. Apa lagi jom makan bawang putih banyak²! ❤
No comments:
Post a Comment