Followers

Sunday, October 14, 2018

Punca dan cara rawat keputihan yang memalukan

Masalah keputihan?? risau kan kalau difikirkan. Sekarang ni tak kira mak dara ke anak dara ke mesti akan berdepan dengan masalah keputihan ni. Ketahui punca dan cara rawat keputihan kerana jika dibiarkan ianya boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang bahaya kepada kita.



                 


Masalah keputihan  ini akan membuatkan kita berasa tidak selesa, dengan gatalnya. Nak cerita dekat orang pun malu kan? malu dengan suami lagi. Oleh itu kita kena tahu punca terjadinya keputihan dan cara untuk merawatnya.


 PUNCA KEPUTIHAN

Keputihan selalunya terjadi kerana perubahan hormon,perubahan mental,jangkitan kuman,ubat ubatan dan penyakit dalaman. Kehidupan kita sebagai seorang wanita kerap berlaku perubahan hormon terutama ketika kitaran haid,mengandung dan malahirkan anak. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika kitaran haid. Wanita yang dalam keadaan teransang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya. Selain itu keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan keputihan berlebihan. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis dan tiroid juga akan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Inilah punca-punca utama terjadinya keputihan. Jika kita dah tahu punca senang untuk kita merawat keputihan ini.


JENIS-JENIS KEPUTIHAN

👉Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan pernafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian

👉Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

👉Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat candida dapat meningkatkan risiko berlakunya  (epilepsi) pada bayi.

👉Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu boleh mengakibatkan keguguran malah kematian ibu dan janin jika tidak ditangani dengan segera.

👉Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoea dapat menyebabkan jangkitan kuman pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.


WARNA KEPUTIHAN

👉Jernih
Sekiranya lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, ia adalah keputihan normal yang tidak perlu dirisaukan. Lazimnya lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur dan apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stress. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

👉Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk.Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar keputihan telah dijangkiti sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

👉Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak menyenangkan, kemungkinan berlaku radang pasa serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutama ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

👉Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat pendarahb seperti keguguran,haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

👉Merah Muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, dan sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saar anda mengalami masalah hormkn estrogen berlebihan.

👉Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.

👉Kuning Kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk, dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

👉Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaky apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.


CARA MERAWAT KEPUTIHAN

Bagi merawat keputihan ini zati cadangkan  anda mengamalkan vitamin Shaklee ini kerana zati sudah mengamalkannya sendiri dan ramai yang telah merasai keberkesanannya. Zati cerita pengalamn zati sedikit, 2 tahun lepas selepas bersalin zati mengalami keputihan yang sangat teruk, sampai meleleh-leleh. Alhamdulillah selepas consume vitamin shaklee ni keputihan dah malu-malu nak keluar.

Vitamin yang zati ambil untuk merawat keputihan ialah:


❤Alfalfa Complex
~ untuk proses detox dan melawan alahan
~bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid
~berfungsi sebagai kacip fatimah moden sangat bagus untuk masalah dalaman wanita dan bagus untuk merapatkan faraj yang longgar.

❤Garlic Complex
~ berfungsi sebagai antikulat dan antibiotik semulajadi untuk meningkatkan  sistem imun tubuh badan , menghalang penyakit dari demam, selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
~ menstabilkan kadar gula dalam tubuh dan menurunkan bacaan kolestrol jahat serta menurunkan tekanan darah tinggi.


Alhamdulillah setelah zati amalkan vitamin-vitamin ni keputihan dah tiada.

Saya Selesa Suami Gembira Keluarga Bahagia ❤


🌼TESTIMONI🌼





Jom dapatkan set keputihan shaklee skrg!
Hubungi zati di
Wssap/sms/call: 0139072256
FB :Nurul Izarti Asri
IG : zati_pengedarshakleeseremban
Emeil : nurulizartiasri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Bagaimana Vivix boleh Bantu Turunkan Berat Badan?

Korang tahu tak Vivix boleh membantu kita untuk menguruskan badan? Tak percaya? Jom zati share cara vivix membantu kita menurunkan berat bad...