Ok..meh zati cte ckit..G6PD adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase. Ia bertanggungjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi.
Jika sel darah merah tak cukup enzim G6PD (G6PD Deficiency), ia takkan mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis.
Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan.
Biasanya tiada tanda-tanda yang khusus. Bagi bayi baru dilahirkan, perhatikan bayi dengan teliti kerana boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat daripada hemolisis berlebihan dan mungkin rawatan fototerapi diperlukan untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah. (Sumber : MyHealth).
Tanda-tanda lain yang boleh diperhatikan akibat daripada kekurangan darah
- Suhu badan yang naik dengan tiba-tiba
- Pening
- Kulit / mata kekuningan
- Kencing berwarna gelap (dark yellow orange urine)
- Lesu dan tidak bermaya
- Sukar bernafas
- Denyutan nadi yang lemah atau laju
Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tapi ianya diwarisi secara genetik. Struktur G6PD dibawa oleh kromosom X. Perhatikan gambarajah di bawah untuk lebih senang faham bagaimana kromosom X yang kekurangan G6PD diwarisi.
Jika bayi anda didapati penghidap penyakit G6PD, jangan panik! Sebaliknya cari segala maklumat yang perlu dan tanya doktor apa yang perlu dilakukan. Pesakit G6PD masih boleh menjalankan kehidupan seperti biasa cuma kena extra precautions je lah.
Didik anak dari kecil supaya mereka waspada dengan makanan yang boleh diambil dan tak boleh terutamanya jika berada di luar kawalan ibu bapa contohnya seperti di sekolah.
Maklumkan juga pada pengasuh, penjaga di sekolah bila perlu dan juga katerer yang menyediakan makanan seperti di asrama. Sebaik-baiknya sentiasa bersedia dengan To Avoid List dan beri pada mereka yang menguruskan anak anda.
Sekiranya ibu² hendak mengambil supplement shaklee terutama ibu menyusu..zati cadangkan hanya ambil vitamin asas sahaja seperti Vita-Lea, B-Complex, SR Vita-C Plus dan OsteMatrix untuk membantu ibu kekal bertenaga dalam masa yang sama ia membantu dalam pengeluaran susu dengan syarat, pastikan konsep Demand vs Supply ditekankan.
No comments:
Post a Comment